"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jodoh hanya bertahan 3 minit

Pasangan bercerai selepas kahwin 3 minit 
 
KOSMO

BANDAR KUWAIT – Sepasang pengantin baharu di Kuwait menjadi perhatian orang ramai apabila mereka bercerai selepas hanya tiga minit mendirikan rumah tangga, lapor saluran berita Bangkapost hari ini. 

Wanita itu memutuskan untuk bercerai selepas suaminya melontarkan perkataan ‘bodoh’ kepadanya di khalayak ramai. 

Difahamkan, wanita itu tersandung lalu terjatuh semasa mereka berjalan menuju ke pelamin. 

Disebabkan rasa sakit hati, dia segera membawa perkara itu ke mahkamah dan meminta hakim membatalkan status perkahwinan mereka dan permintaannya dipersetujui. 

Perkongsian itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata, netizen lega dengan keputusan yang diambil oleh wanita itu. 

“Jika dia (suami) sudah bersikap begitu dari awal, lebih baik tinggalkannya segera,” kata netizen.  

“Perkahwinan tanpa rasa saling hormat menghormati merupakan perkara yang salah sejak dari awal,” kata netizen lain. – AGENSI

Tiada ulasan: