"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Presiden NGO ditahan disyaki khalwat

Skuad Khas Harian Metro
am@hmetro.com.my
PENGUAT KUASA Jawi menahan presiden NGO yang berdua-duaan dengan wanita di hotel di ibu negara. FOTO Ihsan Pembaca.
PENGUAT KUASA Jawi menahan presiden NGO yang berdua-duaan dengan wanita di hotel di ibu negara. FOTO Ihsan Pembaca.
Kuala Lumpur: Presiden sebuah pertubuhan amal ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), hari ini, disyaki berkhalwat selepas berdua-duaan dengan seorang wanita di bilik hotel di ibu negara.

Menurut sumber pihak berkuasa, lelaki berusia lingkungan 40-an itu yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, aktif mengutip derma bagi mengisi tabung Palestin menerusi badan bukan kerajaan (NGO) miliknya, antara enam ke lapan tahun lalu.

"Dia ditahan sepasukan pegawai Jawi ketika sedang berdua-duaan dengan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an.

"Wanita terbabit yang juga ahli aktif NGO sama dilihat terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan, sebelum lelaki tiba kira-kira 2 petang.

"Pasukan penguat kuasa Jawi pula masuk membuat pemeriksaan di bilik terbabit pada 4.45 petang," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, lelaki berkenaan cuba melarikan diri dan memberikan alasan bertemu wanita itu untuk memberi barang kepadanya.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, cubaannya gagal dan ditahan pegawai Jawi.

"Lelaki terbabit pernah berkongsi pentas forum berhubung konflik di Palestin bersama seorang duta dari negara di Timur Tengah.

"Lelaki itu juga merupakan antara individu yang lantang bersuara di media sosial dan media massa berhubung isu peperangan Palestin-Israel," katanya.

Tiada ulasan: