"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Disyaki rasuah RM635,000, 2 polis direman

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dua anggota polis direman tujuh hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah hampir RM635,000 daripada seorang individu sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan aktiviti perjudian.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohammad Izham Mohd Aliyas sehingga 5 Ogos itu dikeluarkan susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Berita Harian memetik sumber sebagai berkata, dua suspek berusia 40-an ditahan di pejabat SPRM Johor pada 2 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat meminta dan menerima wang rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang individu di atas kesalahan aktiviti perjudian.

“Kedua-dua suspek dipercayai menerima wang rasuah secara tunai,” katanya menurut laporan itu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Johor, Hairul Ilham Hamzah, mengesahkan penahanan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Tiada ulasan: