Ketua Penerangan Pas dah kena ‘petik’ dalam laporan polis
Harapandaily
Seorang lelaki telah membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari di IPD Kajang awal pagi tadi
Tindakan itu berkaitan isu karikatur biadab dengan watak monyet, kambing dan biri-biri yang dimuatnaik Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan di media sosial.
Luqman Al Hakim memberitahu beliau melaksanakan tanggungjawab sivil sebagai seorang rakyat Malaysia yang semakin muak dengan permainan politik songsang saban hari daripada pihak pembangkang.
“Di bawah Akta Hasutan 1948, seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, saya berharap pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap laporan ini menggunakan mana-mana peruntukan undang-undang yang berkaitan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau berpendapat sebarang ucapan atau perbuatan “silap langkah” boleh mengheret Malaysia ke arah ketegangan yang sedang memuncak.
“Bagaimana sindiran biadab ini boleh keluar dari seorang Ahli Parlimen dan Ketua Penerangan parti politik yang sah, yang sepatutnya memberikan pencerahan yang baik kepada masyarakat dan menunjukkan pemikiran yang lebih matang, orang seperti ini yang ingin kita angkat sebagai Kerajaan?” bidas Luqman lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan