"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengkhianat Pastikan hukuman berat dikenakan: SPRM tahan 2 pegawai Imigresen terbabit 'counter-setting'

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my

Georgetown: Dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan, semalam, bagi membantu siasatan kes 'counter-setting' membabitkan kemasukan warga asing ke Malaysia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menerusi kenyataan berkata, mereka ditahan dalam satu operasi khas berhubung kegiatan penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang dikesan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

"Hasil maklumat risikan, SPRM Pulau Pinang menahan dua pegawai Imigresen bagi membantu siasatan.

"Penahanan dibuat mengikut Akta SPRM 2009 [Akta 694] dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti jaringan dan taktik digunakan," katanya, hari ini.

​Sehubungan itu, orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui sebarang aktiviti rasuah dalam sektor awam dan swasta.

Tiada ulasan: