"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafizi kritik hujah ‘warung kopi’ Hadi, dulu jadi duta khas apa hasilnya?

SITI NUR ZAWANI
Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli membidas hujah Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa ekonomi Malaysia berkiblatkan kepada International Monetary Fund (IMF) dan Bank Dunia.

Menurut Rafizi, hujah supaya tidak menggunakan dolar Amerika (USD) juga hanya sedap didengar di warung-warung kopi, tetapi tidak menyentuh realiti sebenar.

“Antara hujah utama (Hadi Awang), ekonomi kita berkiblatkan IMF dan Bank Dunia, sedangkan Malaysia ada kawan-kawan negara Islam yang kaya. Patut bersandarkan kepada negara-negara Islam.

“Semasa beliau jadi duta khas berstatus menteri ke Timur Tengah, kenapa beliau tidak berjaya membina kerjasama ekonomi dengan negara-negara Islam yang beliau selalu rujuk ni?” katanya.

Beliau juga mempersoal, semasa Hadi Awang menjadi orang penting kerajaan dan terdapat menteri-menteri dalam kalangan Pas, kenapa PN tidak menukar sistem supaya tidak lagi menggunakan USD.

“Ahli-ahli parlimen PN tepuk tersenyum lebar lepas dengar ucapan Marang, sedangkan rakyat tersenyum sinis,” balasnya.

Tiada ulasan: