"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibu mangsa: Anak saya ada 200 luka tikaman, bukan 50

Yiswaree Palansamy & N Faizal Ghazali

Ibu kepada pelajar sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya yang maut selepas didakwa ditikam oleh rakan sekolahnya yang berusia 14 tahun, berkata anak perempuannya mengalami 200 tikaman dalam kejadian itu.

Pada sidang media yang diadakan di upacara kremasi anak perempuannya, Wong Lee Ping berkata banyak maklumat palsu telah tersebar di media sosial sejak kejadian tragik itu.

"Kami tahu laporan dalam talian mengatakan 50 tikaman, tetapi sebenarnya anak perempuan saya mengalami 200 tikaman. Dia 200 luka tikaman. Bukan tetakan, tetapi tikaman.

"Dari bahagian atas kanan turun ke kawasan kaki," kata Wong.

Tiada ulasan: