"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakai sarung tangan hitam, berjalan seperti tiada apa berlaku

Suharmin Yusuf
suharmin.yusuf@hmetro.com.my
PELAJAR tingkatan 4 maut selepas ditikam seorang pelajar lelaki tingkatan dua. FOTO Amirudin Sahib.
PELAJAR tingkatan 4 maut selepas ditikam seorang pelajar lelaki tingkatan dua. FOTO Amirudin Sahib.
Kuala Lumpur: Video pelajar dipercayai suspek kes bunuh di sekolah di Bandar Utama berjalan tenang sambil minum air dan memegang pisau tular di media sosial.

Video berdurasi sembilan saat itu, memaparkan suspek kelihatan memakai sarung tangan hitam dan berjalan seperti tiada apa berlaku.

Reaksi bersahaja itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, di sini, maut dipercayai ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi, yang mana suspek seorang pelajar lelaki tingkatan dua, dilaporkan membawa senjata tajam dipercayai pisau ke sekolah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dilaporkan berkata, mangsa cedera ditikam di bahagian badan dengan beberapa tikaman dipercayai menggunakan senjata tajam.

Beliau dipetik berkata, siasatan awal mendapati pelajar terbabit ditikam berulang kali menggunakan dua senjata berbeza.

Berdasarkan pemerhatian pada badan mangsa, tikaman berulang kali itu dipercayai menyebabkan mangsa maut.

Tiada ulasan: