Yasmin Abdul Latif
Kejadian 9.30 pagi itu berlaku di Sekolah Menengah Kebangsan Bandar Utama Damansara (4), Petaling Jaya.

Ibu bapa bergegas ke sekolah susulan kejadian pembunuhan seorang pelajar Tingkatan 4 pagi tadi.
PETALING JAYA: Seorang pelajar mendedahkan detik mencemaskan apabila suspek disyaki menikam rakan sekolahnya hingga maut tiba-tiba masuk ke dalam kelas sambil memegang senjata tajam berlumuran darah.
Menurut saksi, suasana kelas bertukar panik apabila suspek — dipercayai pelajar peralihan Tingkatan 2 — melangkah masuk tanpa berkata apa-apa.
“Dia masuk kelas sambil tunjuk senjata tajam. Bajunya ada kesan darah.
“Kami semua terkejut, sebab dia bukan pelajar kelas kami.
“Saya dan kawan-kawan masih trauma dengan kejadian tadi,” katanya dengan nada sebak kepada FMT.
Kejadian 9.30 pagi itu berlaku di Sekolah Menengah Kebangsan Bandar Utama Damansara (4).
Suspek dikatakan melarikan diri selepas kejadian sebelum berjaya ditahan polis tidak lama kemudian.
Polis menahan pelajar lelaki berusia 14 tahun itu bagi membantu siasatan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kejadian tragik itu mengejutkan warga sekolah dan penduduk setempat, dengan ramai ibu bapa dilihat bergegas ke sekolah selepas berita insiden tersebar di media sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan