"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Samun bekas Naib Canselor USM, lelaki ditahan

Zuhainy Zulkiffli

GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 50-an ditahan bagi membantu siasatan kes samun hingga mendatangkan kecederaan terhadap bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak di Taman Pekaka, Sungai Dua di sini, hari ini.

Suspek ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di Bayan Baru, di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan permohonan reman.

“Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan dan akan direman esok mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, media melaporkan Dzulkifli yang juga bekas bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu menerima 15 jahitan di kepala akibat disamun ketika pulang dari solat Subuh berhampiran rumahnya di Taman Pekaka di sini.

Beliau disyaki dihentak dengan objek menyerupai pistol sebelum suspek melarikan diri.

Tiada ulasan: