"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ada si bahlol kibar bendera Israel di Kelantan

Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza kibar bendera Israel: Polis siasat

K PRAGALATH

Ketua Polis Kelantan, Pesuruhjaya Datuk Mohd Yusodff Mamat mengesahkan bahawa kertas siasatan telah dibuka terhadap Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat lalu.

“Siasatan tersebut dilakukan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

“Sebarang lambang kebangsaan tanpa kelulusan seperti bendera Israel adalah menjadi kesalahan,” katanya lapor Sinar Harian.

Bendera Israel tersebut telah dikibarkan oleh Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia sebagai gimik.

Pengarah program tersebut Mohd Khairul Hafiz Hassan menyatakan tindakan tersebut hanyalah simulasi dan tidak berniat menyinggung mana-mana pihak.

Terdahulu Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer dan Ketua Pemuda Umno Datuk Akmal Saleh turut menyoal kebisuan Perikatan Nasional dalam perkara ini dan meminta agar tindakan sewajarnya diambil.

Tiada ulasan: