Harapandaily
Polis menahan empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah di Baling, Kedah kerana disyaki terbabit rogol secara berkumpulan.
Mereka terbabit juga disyaki menyebarkan bahan lucah di media sosial.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali, polis menerima satu laporan daripada seorang pengadu berusia 53 tahun pada 12 Oktober lalu.
Ahmad Salimi berkata, bapa berkenaan dimaklumkan guru disiplin berkaitan penularan rakaman video anaknya berbogel.
Ekoran itu, tiga pelajar sekolah itu dan seorang lagi bekas pelajar sekolah sama, ditahan pada jam 9.30 malam pada hari sama untuk membantu siasatan.
“Hasil siasatan lanjut mendapati, empat suspek terbabit didapati melakukan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi dalam kelas sekolah berkenaan,” katanya dipetik BH.
Beliau memaklumkan semua suspek ditahan dan direman lima hari mulai tarikh mereka ditangkap dan enam telefon bimbit dirampas untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan menghantar pornografi kanak-kanak.
Sehubungan itu, Ahmad Salimi berkata, polis memandang serius kejadian tersebut dan meminta orang ramai terutama ibu bapa dan penjaga supaya memantau kegiatan dan pergerakan anak-anak terutamanya dalam kalangan remaja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan