"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

15 rakyat Malaysia ditahan sindiket pinjaman dalam talian di Bali

Bernama

Mereka ditahan bersama dua warga Singapura yang mengoperasikan sindiket mengiklankan pinjaman di media sosial, menurut pihak berkuasa imigresen Indonesia.

Sindiket itu mengumpul maklumat peribadi, termasuk butiran pekerjaan, slip gaji dan maklumat hubungan kecemasan, menurut pihak berkuasa imigresen.
JAKARTA: Pihak berkuasa imigresen Indonesia menahan 17 warga asing yang disyaki menjalankan perniagaan pinjaman dalam talian yang melanggar permit kediaman mereka di pulau peranginan Bali, kata pegawai pada Selasa, lapor Xinhua.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 15 rakyat Malaysia dan dua warga Singapura, kata Muhamad Novyandri, ketua pejabat imigresen tempatan.

Penemuan awal menunjukkan operasi sindiket itu mempunyai tiga pengurus dan 14 pentadbir yang mengiklankan pinjaman di media sosial dan mengarahkan bakal peminjam ke nombor WhatsApp.

Mereka mengumpul maklumat peribadi, termasuk butiran pekerjaan, slip gaji dan maklumat hubungan kecemasan, kata Novyandri.

Sasaran ialah rakan warga asing terbabit dan tiada pelanggan Indonesia dikenal pasti setakat ini, kata Novyandri sambil menambah suspek dalam tahanan imigresen untuk disoal siasat.

Tiada ulasan: