KOSMO

TANGKAP layar video menunjukkan babi hutan itu berkeliaran di dalam masjid dan merosakkan barang. - TikTok
JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Blora, wilayah Jawa Tengah terkejut apabila seekor babi hutan ‘menceroboh’ ke dalam masjid dan mencetuskan kerosakan, lapor laman berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Desa Gempol di daerah Jati, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @tentangblora.id menunjukkan haiwan itu berlari di ruang solat sebelum menyondol beberapa barang termasuk almari sehingga rosak.
Bimbang dengan sikapnya yang agresif, warga setempat nekad membunuh haiwan tersebut demi keselamatan jemaah.
Rakaman itu mencatatkan lebih 769,900 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Telefon bomba!” kata seorang netizen.
“Kesan kebakaran hutan dan tanah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan