MEDIA MULIA
Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa’ari berkata, sepasukan pegawai dihantar ke premis tersebut pada hari sama bagi menyiasat aduan tersebut.
”Sebanyak tiga sampel petrol RON95 diambil dari pam untuk dihantar untuk tujuan analisis oleh Jabatan Kimia bagi mengesahkan sekiranya wujud campuran seperti yang didakwa,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Muhamad Hanif berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut dan satu kertas inkuiri dibuka bagi menyiasat perkara berkenaan.
Katanya, premis tersebut turut diberikan nasihat dan amaran supaya sentiasa memastikan kualiti petrol serta mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan.
Terdahulu, tular di media sosial berhubung satu hantaran dimuat naik pengguna Threads yang mendakwa membeli petrol RON95 di pam minyak yang bercampur dengan air.
Sebelum ini Muhamad Hanif dilaporkan berkata, pihaknya menerima sebanyak 10 aduan berhubung isu minyak petrol disyaki bercampur air di tujuh pam minyak di Selangor.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan