"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO sedang mencipta musuh semua kaum

tutuhjang
Jang, umno sekarang sedang berada dalam suatu keadaan yang benar-benar susah, kerana semua orang merasa, bahawa musibah kalimah ALlah hingga membawa kepada membakar gereja, seakan-akan menuding kepada umno sebagai punca angkara.

Coba kau tengok Jang, 1. Kalaulah PR yang akan menganjurkan demo pada jumaat lepas, sudah tentu kena belasah. tapi kerana umno melihat ini merupakan peluang keemasan kepada umno untuk menjadi jaguh melayu (umno), demo tersebut dibolehkan, walaupun setakat dalam pekarangan masjid saja. Tapi, poster-poster, dan ucapan yang dibuat ketika itu, sudah pasti menyentuh dan mengguris orang kristian.

2. Tahukah kau jang, siapa penganut kristian itu, sebahagian besarnya adalah masyarakat berketurunan cina, india, kadazan, iban dan lain-lain etnik di sabah dan sarawak. Akhirnya, ujung tombaknya mengaju kepada kaum, walaupun pada zahirnya ia kelihatan isu agama, namun pada batinnya, kerana yang disentuh itu adalah orang-orang cina, india, kadazan, iban dan lain-lain etnik di sabah dan sarawak, akhirnya, ia akan menjadi satu soladariti perkauman.

3. Jadi, sekarang umno sudah bermusuh dengan semua kaum kecuali melayu/umno sahaja yang akan menyokong tindakan mereka. Kita sudah sedia maklum, semua umat islam yang berada dalam PR sepakat, sebulat suara mengutuk kes pembakaran gereja.

4. Di sinilah bagai disebut perbidalan, tertumbuk perahu boleh dibelokan, terlajak kata buruk padahnya.

5. Jalan keluar yang tersedia, ikut kaedah tun mahathir menyelesaikan kes Lee Kim Sai dengan 'operasi lalang', dan bersiap-siaplah pemimpin pembangkang untuk di 'ISA-kan'. Namun sudah tentu umno tidak akan berani mengulangi jejak langkah Mahathir, kerana orang sudah dapat membacanya dari awal.

6. Sekarang ini, semakin terserlah, bahawa PRU 13 akan merupakan 'penalkinan' umno di kancah politik negara. Dengan kejadian mutakhir ini, adakah kau terfikir akan ada kaum lain menyokong umno/bn. tak ado Jang, lingkup somo kerusi umno ni Jang.

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

Tiada ulasan: