"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahathir Lelaki 1Malaysia Tertua

professor
Melihat kepada cara Najib memenangi kes di Perak , dan sekarang cara beliau memasong Anwar di mahkamah dan seterusnya ke penjara tidak lama lagi , semacam nampak perancangan Najib mempunyai visi dan misi setanding dengan Mahathir , iaiitu pelan jangka panjang sekurang – kurangnya mungkin untuk 25 tahun lagi , yang mungkin juga akhirnya dijangka akan dapat menandingi kehebatan mentornya yang hanya mampu bertahan 22 tahun saja.

Begitu juga peristiwa runding sulit YB Bayan Baru DS Zahrain dengan Najib yang membawa kepada perisytiharan keluar PKR [ , tetapi sayang nak lepaskan kerusi parlimen ] , maka dijangkakan selepas ini yang akan membawa kepada beberapa orang lagi MP PR , khususnya dari PKR akan turut bersama YB DS Zahrain yang dikatakan akan ditawarkan ke jawatan menteri sekiranya 8 atau lebih ahli - ahli parlimen bersamanya bersekedudukan dengan Najib dalam BN , nantinya implikasi langsung ialah akan menyebabkan majoriti 2/3 dalam parlimen dapat direbut kembali , yang akhirnya memungkinkan persempadanan semula kawasan pilihanraya untuk DUN dan Parlimen dapat kelulusan parlimen , seterusnya juga menawan kembali Kedah , Pulau Pinang , Selangor dan juga Kelantan.

Sekiranya itu yang terjadi , maka perancangan Najib bersama Mentornya mahathir sebab tiada sesiapa yang mengetahui catatan Tuhan dalam Qada dan Qadarnya , maka umur Mahathir dikira akan panjang lagi.

Kalau ditambah 25 tahun jangkaan Najib akan berkuasa dan umur Mahathir kini ialah 85 tahun , maka ada benarnya telahan Mahathir akan menjadi Lelaki Tertua Di 1Malaysia , iaitu umur Mahathir akan mencecah 110 tahun , tetapi mungkin masih tidak mampu menandingi umur manusia tertua di dunia iaitu Juana Bautista de la Candelaria Rodriguez yang baru meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-125 di bandar Bayamo, Cuba.

Ini kerana kalau benar doa Almarhum Ustaz Fadhil Nor itu makbur , sehingga kini ternampak semacam begitu lah , semua kerja – kerja tangan Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya dan malah sebelum itu lagi , Mahathir , anak – anak dia dan isteri dia , kawan – kawan dia , sahabat – sahabat dia dan kroni – kroni dia dapat melihat satu persatu Tuhan bagi hukuman secara kata orang ’CASH ON DELIVERY – COD’

Nota

Mungkinkah Tuhan akan membiarkan 1Malaysia terus di bawah pemerintahan tidak adil UMNO/BN untuk 50 tahun lagi ?

Adakah Tuhan akan berterusan ‘merestui’ kerja – kerja zalim pemerintahan pemimpin – pemimpin UMNO/BN untuk 50 tahun lagi ?

Tiada ulasan: