"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TUBUH KECIL TETAPI BERANI, BADAN BESAR TETAPI PENGECUT

sofiwahab

Presiden Mahmoud Ahmedinejad yang bertubuh kecil kelmarin memberi amaran bahawa mana-mana negara yang cuba mengenakan sekatan baru ke atas Iran akan kecewa dengan keputusan tersebut dan bakal menghadapi reaksi tegas daripada Teheran.

Kenyataan terbaru Mahmoud itu dibuat ketika mengulas lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton ke negara-negara Teluk dalam usaha meraih sokongan untuk mengenakan sekatan baru ke atas Iran.

Dengan tegas Ahmadinejad berkata sesiapa saja yang cuba mencetuskan masalah kepada Iran, reaksi kami tidak lagi seperti sebelum ini. Reaksi kami cukup tegas dan akan membuatkan mereka kecewa. Sekatan tidak akan menjejaskan Iran.

Mahmoud berkata, rundingan mengenai pertukaran bahan api nuklear masih berjalan dan belum berakhir.

Malangnya ada pemimpin di negara kita yang bertubuh besar tetapi pengecut dan penakut. Walaupun pemimpin kita dituduh terlibat dengan isu-isu kontroversi oleh media luar negeri, pemimpin tersebut berdiam diri langsung tidak mengambil tindakan terhadap keceluparan dan kebiadapan media tersebut.

Rakyat mengharapkan pemimpin terbabit menyaman media luar negeri kerana membuat tuduhan tersebut namun rakyat kecewa kerana pemimpin terbabit takut dan pengecut untuk berbuat demikian.

Nama pemimpin terbabit busuk di luar negara tetapi pemimpin kita ini asyik mendiam diri tidak membuat apa-apa tindakan.

Rakyat sanggup bergolok bergadai untuk membantu membiayai kos guaman beliau di luar negeri kerana tidak mahu nama pemimpin kesayangan kita dan nama negara kita busuk.

Kita harap pemimpin kita ini mencontohi Ahmadinejad yang berani dan tegas dalam apa juga isu melibatkan kepentingan dan maruah negara dan rakyat.

Tiada ulasan: