"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zulkefli Nordin Tak Usah Cakap Banyak, Keluarlah Cepat..

Mohd Sayuti Omar

ZULKEFLI Nordin kata ada usaha di kalangan jawatankuasa disiplin PKR hendak buang beliau dari parti berkenaan. "Ada usaha firaun kecil nak buang saya," katanya.

Dia mempertikaikan mesyuarat lembaga disiplin parti itu esok dibuat semasa beliau berada di Korea menghadiri persidangan bersama rakan pembangkang lain.

Aduh Saleha, sedap sungguh bunyi kata-kata Zulkefli. Hanya mereka yang pekak dan buta akal saja akan terpengaruh dengan kata-kata manis si Zulkefli ini

Lama sebelum ini saya sudah menulis ke mana hujung jatuh politik Zulkefli Nordin. Saya sudah meramal mengenai pengakhiran perahu kecil politiknya. Dia sedang berkluk klik untuk keluar parti bagi mengekalkan kedudukan kerusi Parlimen Kulim - Bandar Baru. Dia akan melakukan apa saja untuk itu. Penarikan balik petisyen pilihan raya parlimen Kulim - Bandar Baru adalah dirancang.

Bila saya menulis menceritakan mengenai munafiknya ahli parlimen bertubuh kecil ini para penyokong otak kemetotnya marahkan saya. Ada yang mengatakan sata membuat fitnah. Mereka ini adalah orang-orang Pas dan PKR sendiri. Tetapi hari ini semakin hari semakin terbahar dan terdedah apa yang berlaku sebenarnya. Anwar Ibrahim sendiri juga sudah mula merasa jengik dan muak dengan politik hama Zulkefli Nordin. Apa yang dianggap fitnah perlahan-lahan bertukar menjadi kebenaran.

Saya tidak berhajat menulis apa yang saya tahu mengenai dirinya dan juga agenda yang disusunya selama ini dalam usaha mengekalkan statusnya sebagai ahli Parlimen. Sila buka dan rujuk kepada tulisan saya yang lepas dalam blog. Atau kalau sudi hubungi sdr Md Radzi Mustapa, peguam yang menguruskan soal petisyen ke atas kerusinya. Tanya Radzi apa yang berlaku sebenarnya dan bagaimana pendirian, sikap, perangai Zulkefli Nordin ini. Ataupun tanya peguam Pakwan Cheek Marican atau Kamar Aniah Kamaruzaman. Kedua mereka ini tahu dari Z sampai I dan dari N sampai N.

Cuma apa yang saya nak sebut di sini, Zulkefli tidak payah main wayang banyak sangat nanti orang jeluak. Kalau nak tinggal PKR dan nak bersama Umno silakan. Rasnaya tidak ada siapa nak marah pun. Dan mereka yang selama ini menjadi penyokong beliau termasuk yang menjadi penampal postal di Kulim - Bandar Baru pun tidak akan marah. Sementara orang Umno yang terdiri rakan-rakan lamanya di Bukit Bintang akan mengalu-alukan langkah itu.

Dan sekrianya Zulkefli menyertai Umno mungkin apa yang diharap dan katanya ditawarkan kepadanya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehawal agama akan terpenuhi. Mana tahu? Cuma sayang menteri berkenaan kini sudah bertukar porfolio.

Usalahlah buat macam-macam rekaan itu dan ini. Rasanya PKR tidak akan menangis kalau beliau keluar parti hatta menyertai Umno. Anwar, Wan Azizah dan sesiapa saja dalam PKR rasanya suka dengan tindakan itu nanti kecuali mereka yang sejenis dan sepecies dengan beliau saja. Zulkefli boleh bergabung dengan bekas-bekas PKR, seperti Ezam Mohd Noor dan gengnya.

Eloklah kalau Zulkefli nak serta Umno waktu ini. Isu pun banyak yang relevan dengan beliau. Masalah Islam boleh diperjuangkan dalam Umno. Isu kaloimah Allah dan terbaru pembatalan perarakan maulid Rasul. Isu ini sesuai sangat digunakan oleh beliau. Inysa-Allah Islam akan menjadi kuat dibawah Umno dengan hadirnya seorang Zulkefli. Dan kalau masuk awal-awal dapat pula buat jasa Insya-Allah Umno akan calon dalam pilihan raya kelak.

Kepada PKR tidak payah bincang banyak-banyak soal Zulkefli kerana ia membuang masa saja. Ikut sahaja apa yang Zaid Ibrahim suruhkan itu, pecat. Buat apa tunjuk profrsional, adil dan teloran kepada orang yang sudah membenci kita. Kadang-kadang dalam PKR hari ini ada yang tidak faham orang membencinya tetapi masih diusap dan disusukan macam anak kambing kena hujan.

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: