Saya mengidap gastrik selama lebih dari duapuluh tahun. Semakin hari saya rasa ianya terasa semakin parah hinggakan kekadang pengsan. Kajian terbaru dalam sains mengesyaki sakit gastrik mungkin disebabkan oleh bakteria Hpylori. Namun begitu sebelum diberi antibakteria untuk menghapuskan H pylori, doktor perlu mengambil sedikit ujian spesimen dari dalam perut. Kesakitan terjadi kerana perut terlebih asid dan menipiskan dinding perut. Pesakit gastrik juga boleh bertambah parah jika mengambil aspirin ketika perut kosong, peminum kopi dan stress.
Terlalu banyak ubat yang boleh didapati di farmasi, iaitu antasid, H2receptor antagonist seperti zantac, tagamet dan sebagainya.
Namun saya ada beberapa pengalaman peribadi dalam merawat gastrik.
1. Puasa, dengan niat berpuasa. Niat puasa itu sendiri adalah satu mesej kepada otak atau satu signal kepada otak yang menghentikan pengeluaran asid bila kita tidak makan semasa puasa.
2. Ketika sakit melanda atau hampir sakit, saya meminum sedikit 100plus. Dengan meminumnya sedikit(bukan dengan kadar yang banyak)angin dapat keluar ( sendawa dengan segera), dengan serta merta sakit hilang, cubalah.
3. Yang ketiga dan saya rasa sangat berkesan dengan meminum air kelapa muda. Ternyata kelapa muda dapat mengurangkan asid perut. Saya syorkan minum tiap tiap hari .
Semoga pengalaman peribadi ini memberi faedah kepada saudara semua, cubalah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan