"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan sambut ulang tahun kedua di Pulau Pinang 10 Mac

G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 18: Pakatan Rakyat (PR) yang dibentuk selepas pilihan raya umum ke-12 akan mengadakan sambutan ulang tahun keduanya di Pulau Pinang awal bulan depan.

Pulau Pinang merupakan antara negeri diterajui PR kini berhadapan dengan “krisis” ekoran kecaman hebat beberapa wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap kepimpinan parti itu dan juga Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Salah seorang Ahli Parlimen PKR Datuk Zahrain Hashim iaitu dari Bayan Baru telah memutuskan untuk keluar parti dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Selain PKR, dua anggota komponen PR yang lain ialah DAP dan PAS.

Pucuk kepimpinan PR memutuskan untuk mengadakan sambutan 10 Mac di Pulau Pinang susulan perhimpunan di Shah Alam, Selangor tahun lalu.

“Tahun lalu ia diadakan di Selangor, jadi tahun ini ia akan diadakan di Pulau Pinang, giliran Pulau Pinang kali ini,” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR semalam.

Selain Pulau Pinang dan Selangor, PR juga menguasai Kedah dan Kelantan.

Seperti lazim Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang dijadual berucap pada majlis ceramah perdana sempena sambutan kali ini.

“Menjelang pertemuan di Pulau Pinang, acara-acara sambutan sampingan ke arah pertemuan utama itu juga akan diadakan,” kata Saifuddin.

Ia termasuklah Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor pada 7 Mac.

Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, Konvenyen Pakatan Rakyat Selangor antara lain akan membincangkan rangka kerja pihaknya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 merupakan antara teras pertemuan kali ini,” kata beliau sambil menambah pertemuan 7 Mac merupakan susulan kepada Konvensyen Pakatan Rakyat 19 Dis lalu.

“Berkaitan soal usul dan sebagainya, ia masih dibincangkan. Ia akan diketahui dalam beberapa hari lagi,” katanya.

Kira-kira 1,500 perwakilan masing-masing 500 bagi setiap parti dijangka menghadiri pertemuan kali ini, kata Roslan yang juga ahli jawatankuasa kuas penganjuran konvensyen kali ini.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: