"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

NUTP: Kalau nak mengampu, baik masuk politik

Seri
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kursus Biro Tata Negara (BTN) bagi membolehkan guru menikmati anjakan gaji. Jika benarlah seperti yang diura-urakan, ia memang mengecewakan golongan guru. Persatuan yang sepatutnya membantu golongan guru, nampaknya sudah lari daripada tujuan penubuhannya.

Sebelum inipun, NUTP memang terkenal dengan cadangan dan idea yang tidak menggambarkan profesionalisme golongan akademik. Contoh mudah PPSMI-NUTP adalah pengampu yang kuat dengan mengenepikan cadangan ahli akademik dan pakar. Sekarang terbukti, bahawa PPSMI lebih banyak mendatangkan keburukan dan akan dihapuskan.

Kes PTK, apa sudah jadi? Guru yang mendapat 4,4 dalam PTK sehingga kini masih ada yang belum naik gaji. Sekarang nak tambah dengan BTN, sebelumnya Kem Bina Semangat. Adakah NTUP tidak tahu tentang bantahan rakyat mengenai BTN dan Kem Bina Semangat yang menjadi agenda politik Umno.

Jangan memperbodohkan golongan guru. Guru adalah golongan yang sentiasa mengikut perkembangan ilmu semasa. Jika NUTP masih ingin mengamalkan cara mengampu ini, pasti hayat NUTP tidak akan lama.

NUTP kena faham bahawa ahlinya bukan sahaja terdiri pada pemegang Diploma sahaja, ramai pemegang Sarjana Muda, Sarjana dan PhD. NUTP memimpin golongan profesional bukan pelajar sekolah.

Tidak adakah isu yang lebih releven untuk diperjuangkan oleh NUTP? Guru pedalaman yang masih tiada kediaman sempurna, beban kerja guru yang masih tidak berkesudahan, ancaman-ancaman yang dialami guru dalam mendidik anak bangsa, isu pertukaran, tempat bertugas yang jauh dari rumah dan banyak lagi.

Nampak sahaja guru bertugas 5 hari semingga sehingga tengahari. Ramai yang tidak tahu, ada guru bekerja 7 hari seminggu hingga ke petang dan malam. Aktiviti ko-kurikulum, kelas tambahan petang, kelas malam serta diarah bermesyuarat dan berkursus.

Jangan campur-aduk niat murni mendidik dengan politik sempit. Kalau NUTP masih nak mengampu, tukar sahaja NUTP kepada Parti NUTP dan perjelaskan pendirian persatuan supaya semua ahli tahu.

Tiada ulasan: