"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siri Dedah Penyelewengan Umno Trg :Bhg 1:Jerteh Souq

ibnuabbas
1.Tidak pernah ada secara rasminya projek yang digembar gemburkan sebagai Jerteh Souq, ia adalah nama politik yang digunakan untuk propaganda dan supaya ia dilihat lebih hebat oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh.

2.Tender telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Besut pada bulan Jun tahun 2006 adalah Membina & Menyiapkan Bangunan Perniagaan & Kemudhaan Di Medan Selera, Jerteh.

3.Menurut Bernama pada 7 Mac 2007, Idris berkata kos projek Jerteh Souq ADALAH rm70 juta dan ia dijangka siap menjelang 2010.

4.Projek Jerteh Souq sebenarnya adalah pembanguna tapak Pasar Jerteh yang sebelum ini memberikan ruang niaga kepada peniaga kecil.

5.Difahamkan, walaupun kerja-kerja yang telah dilaksanakan bagi pembinaan tersebut agak minima, namun tuntutan yang dibuat ke atas kerja yang telah dilaksanakan melebihi dari sepatutnya.

6.Oleh yang demikian, kerja-kerja pembinaan Jerteh Souq tersebut kini terbengkalai.

7.Sebelum dibangunkan semula, beberapa bangunan pasar Jerteh yang baru sahaja siap dibina oleh Kerajaan PAS Terengganu telah dirobohkan.

8.Pengubahsuaian pasar Jertih juga menyusahkan para peniaga kecil yang terdiri dari orang-orang Melayu, di mana gerai-gerai yang menjual goreng pisang serta air batu turut 'dirombak' mengakibatkan mereka kehilangan mata pencarian.

Tiada ulasan: