"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Usaha membersihkan dedalu itu berterusan.

alhusseyn
Tuan Guru Nik Aziz telah mengenal pasti tentang adanya dedalu yang kian membesar . Sebab itu TGNA mencadangkan supaya diadakan Muktamar Khas.Tetapi malangnya Muktamar tersebut tidak jadi , yang sebaliknya digantikan dengan ‘Seminar Khas’ dan pembentukan Jawatankuasa Disiplin parti.

Daripada 3 dedalu yang TGNA sebutkan, tiba-tiba terlekat hanya satu dan terlepas yang duanya lagi , tetapi yang anehnya , terjangkit pula kepada satu yang lain yang tidak ada kena mengena pada mulanya.Inilah kehebatan dedalu yang dua itu. Tanpa diduga, tempat mereka boleh digantikan oleh orang lain!

Dan “Sejak jawatankuasa disiplin mengumumkan keputusannya pada 29 Jan lalu pelbagai reaksi dikemukakan oleh ahli dan pemimpin PAS, antaranya menyifatkan keputusan jawatankuasa disiplin sebagai tidak adil.

Kelmarin, penasihat undang-undang PAS Hanipa Maidin menggesa jawatankuasa kerja pusat parti itu agar mengkaji semula keputusan jawatankuasa disiplin membabitkan dua pemimpin Selangor berkenaan, yang kini mencetuskan reaksi tidak senang di kalangan sesetengah pihak.

Hanipa, Pengerusi Lajnah Guaman PAS memberitahu The Malaysian Insider beliau akan meminta jawatankuasa kerja pusat mengkaji semula penghakiman yang diumumkan agar ahli parti akan melihat keputusan ini sebagai adil dan seimbang.


Dan kita melihat bagaimana beberapa usaha untuk membersihkan dedalu tersebut berterusan kini. Bukan mudah untuk menjalankan usaha tersebut.Kita pernah melihat bagaimana usaha TGNA sendiri telah menemui kegagalan dan tidak kesampaian .Usaha Abdullah Karim entah kemana perginya dan kini Tulang Besi sendiri menceritakanya betapa susah payahnya melakukannya
disini dan Tulang Besi telah menubuhkan satu tabung untuk menjayakan usaha tersebut.Kalau sesiapa yang minat mahu membantu beliau, sila klik di sini

Sehingga kini usaha berani ini belum lagi menampakan apa-apa reaksi yang positif.Pas perlu meneliti setiap dakwaan Tulang Besi tersebut supaya mereka yang didakwa boleh dibersihkan dari sebarang pendakwaan (al-Aslu Bara’atu az-zimmah)!

Blogger
Suwari pula menyarankan : Di pihak pimpinan, hendaklah ia jujur menerima dan memberi perhatian terhadap setiap kritikan, teguran dan pandangan dari ahli bawahan sekiranya ia benar walaupun ianya mungkin terkena pada diri sendiri. Di kala inilah para pimpinan harus sentiasa ingat akan kata-kata yang sering bermain di bibirnya ketika berceramah, berkuliah dan berusrah iaitu ‘Pedang inilah wahai Umar yang akan membetulkan kamu, jika kamu menyeleweng’. Ungkapan ini sering bermain dibibir apabila diamanah sebagai pemimpin setelah dipilih oleh perwakilan.

http://alhusseyn51.blogspot.com

Tiada ulasan: