"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Samseng jalanan: Polis buru lelaki terbabit kes pukul tepi jalan

Norzamira Che Noh
am@hmetro.com.my
Polis buru lelaki terbabit kes pukul tepi jalan.
Polis buru lelaki terbabit kes pukul tepi jalan.
Klang: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes pukul yang berlaku di tepi jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Langat-Klang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan khianat.

Menurutnya, terdahulu pihaknya menerima laporan pada 12.44 tengah malam tadi yang mana pengadu adalah warga tempatan berusia 21 tahun mendakwa ditahan oleh sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki.

Katanya, pengadu mendakwa salah seorang lelaki berkenaan bertindak memukul dan merosakkan motosikal miliknya.

"Hasil siasatan mendapati pada hari kejadian sekitar 7.15 malam, mangsa yang menunggang motosikal membunyikan hon pada sebuah kereta kerana memandu secara berbahaya dan hampir melanggar mangsa.

"Pemandu kenderaan itu kemudian menghalang pergerakan mangsa di persimpangan lampu isyarat. Salah seorang daripada lelaki berkenaan kemudian menolak mangsa sehingga jatuh dari motosikal serta mencekik, menumbuk muka serta menendang perut dan kaki mangsa beberapa kali.

"Sebelum beredar, suspek turut menendang motosikal pengadu sehingga jatuh dan menyebabkan kerosakan pada 'cover set'. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan sakit dan bengkak pada bibir, tulung rusuk dan kaki," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, usaha mengesan suspek giat dijalankan untuk membantu siasatan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh hadir ke menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

"Orang awam dinasihatkan agar mengamalkan sikap bertimbang rasa semasa memandu agar keselamatan pengguna jalan raya terjamin serta mengelakkan kejadian yang tidak diingini," katanya.

Tiada ulasan: