"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tangkas lawan fenomena Khawarij

HarapanDaily.com

AHMAD MURSI

Rasanya sudah tujuh kali PRU, PRU15 saya rasa keimanan saya betul-betul dipersoal hanya kerana saya undi PH dan ingin Anwar jadi PM.

Di TikTok bersepah kempen takfiri. Penyokong PH dianggap “Islam hanya pada Kad Pengenalan”.

Ustaz Pas pula kata “Undi PH/BN masuk neraka”. Wow dahsyat!

Selepas PRU15, anak balik sekolah menangis kerana dituduh oleh kawan-kawan dan ustazah-ustazah “ayah dia sokong puak kafir” hanya kerana mengaku ayahnya sokong PH. Budak-budak kan bergurau saja.

Saya geleng kepala. Belum pernah saya tengok keadaan seperti itu.

Walhal, saya anggap diri saya individu yang menjaga agama kerana saya dididik dan ditarbiyyah dengan ketat di rumah, sekolah dan universiti. Mengaji juga dengan ulamak.

Mungkin bagi orang UMNO hal itu dah biasa kerana fenomena kafir mengkafir dulu, tapi tidak untuk saya.

Saya mula belek hadis-hadis perihal Khawarij, dengar ceramah Dr Maza dan lain-lain.

Astaghfirullah!. Saya tepok dahi! Saya tersentak kerana selama ini saya tak ambil tau pun dan mereka kini di depan mata.

Pemimpin parti berslogan Islam mencaci, memfitnah, maki, mencarut, qazaf dan selepas itu merasakan dirinya layak mati syahid.

Pengikut-pengikut bertakbir. Ulama-ulama mereka memuji muja dia pula. Ish!. Ciri-ciri ini ada dalam penerangan Dr Maza Wajah Khawarij Moden.

Label kafir, munafiq, “musuh Islam”, “anti-Islam”, liberal, sekular memang zikir walaun hari ini di media sosial dan WhatsApp.

Sejak dari itu, saya dedikasi sebahagian masa saya untuk lawan fikrah Khawarij kerana Nabi SAW menyuruhnya dan menjanjikan pahala.

Asatizah-asatizah kena ke depan berhujah, menulis, berdebat, jelaskan, tarik semula ramai masyarakat daripada terjebak dengan apa yang disebut Nabi SAW “Khawarij ialah Anjing-Anjing Neraka”(HR. Ahmad 19415).

Tiada ulasan: