"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Konsert K-Pop dibatalkan: Pakar ‘spin’ rujukan PN pula anggap kerajaan Madani macam Taliban

AKMAL MANAF

Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan, Che Ibrahim Mohamed menyelar tindakan Raja Petra Kamarudin (RPK) yang mendakwa Kerajaan Madani seperti kerajaan Taliban.

Penulis blog itu mengeluarkan dakwaan berkenaan disusuli tangkap layar berita mengenai pembatalan konsert K-Pop Mamamoo di Kuala Lumpur ekoran permohonan permit kumpulan itu yang ditolak.

Menerusi ciapan RPK di laman X baru-baru ini, penulis blog kontroversi berkenaan yang menetap di London itu menganggap Pakatan Harapan (PH) sebagai ekstrem.

“DAP kata Pakatan Harapan liberal dan tak ekstrem macam Perikatan Nasional.

“Rupanya, Kerajaan Madani lebih kurang macam Kerajaan Taliban,” katanya yang menghilangkan diri pada 2009 selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Susulan itu, Che Ibrahim memberi reaksi balas di Facebooknya berkaitan tuduhan tersebut.

“Pakar Spin Se Malaysia yang menjadi rujukan Pas dan PN…

“Jika lulus, dia kata kerajaan sokong LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), bila tak lulus, dia kata macam Taliban,” bidas beliau terhadap RPK.

Terdahulu, penganjur konsert dilapor berkata, acara pada 17 November di Zepp Kuala Lumpur itu terpaksa dibatalkan kerana permohonan permit telah ditolak.

Tiada ulasan: