"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB Pahang anggap dakwaan ADUN BN akan lompat parti sertai PN satu fitnah

HarapanDaily.com

Menteri Besar Pahang menyelar kenyataan Tan Sri Mahiaddin Yassin kononnya ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) mungkin menyertai Perikatan Nasional (PN) jika gabungan itu menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, 7 Oktober ini.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dakwaan Mahiaddin itu adalah satu bentuk fitnah yang bertujuan mengelirukan dan menakutkan rakyat serta pengundi menjelang PRK Pelangai.

“Ini satu budaya yang bagi saya tidak sihat…sebagai ahli politik kita sepatutnya cakap soal pengharapan dan kesejahteraan kepada rakyat.

“Bukan dengan sentimen menakut-nakutkan rakyat dan membuat cerita yang bukan-bukan,” lapor Bernama.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN negeri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Sembang Santai Veteran hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mahiaddin yang juga Pengerusi PN dalam ceramah perdana di Felda Chemomoi semalam, yang mendakwa ada kemungkinan ADUN daripada BN akan menyertai PN sekiranya gabungan itu menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai.

Tiada ulasan: