"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tesla buka HQ tapi walaun persoal mana kilang, letih layan ‘anak kerengga’

HarapanDaily.com
Seorang lelaki berkongsikan pengalaman lucu melayan sejumlah penyokong parti pembangkang yang digelarnya ‘anak kerengga’ berhubung isu pembukaan ibu pejabat Tesla Inc.

Dalam masa sama, pengguna Facebook, Zann Hussin II mengakui agak letih melayan pertikaian serta sindiran ‘anak kerengga’ terbabit yang menganggap Tesla mahu buka kilang.

“Ada berita pejabat Tesla dibuka di Cyberjaya. Heboh anak-anak kerengga tanya mana kilangnya?” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau juga rasa terhibur melayan pembenci kerajaan Madani terbabit yang begitu tegar menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk rekod, panggilan ‘anak kerengga’ ekoran kenyataan ‘pelik’ dan lucu oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang dalam sidang Dewan Rakyat bulan lalu.

Hadi mendakwa, ada banyak ‘kerengga’ mengganggu semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga ‘tidak sempat membaca’ perjanjian royalti minyak melibatkan negeri Terengganu.

Perbandingan kerengga itu kemudiannya menjadi bahan sindiran warganet lantaran menambah lagi senarai banyak nama binatang yang disebutkan Hadi semasa berhujah menyerang musuh politiknya.

Ekoran serangan pentaasub Pas yang juga digelar walaun itu, orang ramai turut sama mengakui memang ‘penat’ melayan kebebalan penyokong tegar parti pembangkang.

Malah, ada yang berseloroh berharap agar Tesla yang sinonim dengan Elon Musk sebagai pemegang saham utama syarikat kereta elektrik itu tidak mengambil ‘anak kerengga’ sebagai kakitangan.

“Mana datang berita yang mengatakan Tesla nak buat kilang?

“Penat bos nak layan kebodohan depa tapi mungkin ujian berhadapan dengan puak-puak tu.

“Harap Tesla tak ambik anak seluang dan anak kerengga kerja di situ,” demikian antara coretan netizen.

Tiada ulasan: