"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peminat sayu Klopp melangkah pergi

BHarianonline 
Lukisan mural terbaharu di kawasan sekitar Anfield menjelang aksi terakhir Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool malam ini. – Foto REUTERS
Lukisan mural terbaharu di kawasan sekitar Anfield menjelang aksi terakhir Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool malam ini. – Foto REUTERS
LIVERPOOL, England: Peminat Liverpool mengucapkan salam perpisahan dengan pengurus berkarisma mereka Jurgen Klopp malam ini dengan lagu, lukisan mural dan pengiktirafan lain susulan lapan tahun khidmat yang membawa kegemilangan kembali ke satu daripada kelab terhebat England.

Warga Jerman berusia 56 tahun yang berkaca mata itu akan mengendalikan The Reds kesayangannya buat kali ke-491 dan terakhir pada jam 11 malam ini menentang Wolverhampton Wanderers di depan penyokong setia di Anfield.

Dengan kejuaraan Liga Perdana Inggeris sudah jauh daripada cengkaman, semua fokus kini diberikan terhadap Klopp, yang terpaksa menahan air mata ketika peminat merayunya pada perlawanan terakhirnya di tempat lawan minggu lalu.

"Kami tidak akan melihat seseorang sepertinya lagi... Beliau seorang daripada kami," kata John Pearman, pengasas majalah peminat Liverpool, "Red All Over The Land" yang menerbitkan satu edisi khas mengenai Klopp.

Selepas mengemudi pasukan itu menjulang tujuh trofi, termasuk Liga Juara-Juara pada 2019 dan kejuaraan Inggeris pertama dalam tiga dekad pada 2020, Klopp pergi atas kerelaannya sendiri.

Beliau tidak menyatakan apa yang akan dilakukannya selepas ini, kecuali enggan mengurus satu lagi kelab di England, kerana menghormati golongan pekerja bandar pelabuhan itu yang kini disayanginya seperti bandarnya sendiri.

"Saya mungkin boleh membesar di sini," katanya dalam satu video kelab.
Jurgen Klopp terpaksa memohon maaf kepada Everton selepas berlari merentasi padang ketika menewaskan musuh tetangga itu pada 2018. – Foto REUTERS
Jurgen Klopp terpaksa memohon maaf kepada Everton selepas berlari merentasi padang ketika menewaskan musuh tetangga itu pada 2018. – Foto REUTERS
"Kami memberikan Liverpool masa terbaik kehidupan kami begitu juga mereka (peminat). Saya tidak akan berjalan keseorangan sekali lagi dalam kehidupan saya," katanya, merujuk kepada lagu oleh band Liverpool tahun 1960-an Gerry and Pacemakers yang menjadi lagu rasmi kelab.

Ia bukan satu-satunya kejayaan yang mendekatkan Klopp kepada peminat.

Mereka menyukai semangat dan keperibadiannya: pukulan penumbuk di udara pada hujung perlawanan, pelukan buat pemainnya, meluangkan masa bagi tujuan amal, protes marah terhadap keputusan yang meragukan dan desakan terhadap gaya bola sepak "gegenpress" agresif berintensiti tinggi.

Selepas berdekad-dekad mengalami kegagalan, apabila musuh ketat Manchester United lebih mendominasi di England, Klopp mengembalikan kebanggaan Liverpool, semangatnya yang sukar dihalang mengatasi pengurus kelab lain.

"Menyaksikan Klopp dan terlalu ramai pemain luar biasa yang dididiknya membuatkan saya jatuh cinta dengan bola sepak, justeru hakikat beliau akan melangkah pergi melukakan hati saya," kata seorang peminat berusia 15 tahun, Freddie Williams sebelum perlawanan menentang Wolves.

"Beliau memberikan peminat apa yang mereka idamkan sejak 30 tahun lalu, meletakkan Liverpool kembali di puncak. Detik-detik yang beliau cipta, ketawa yang diberikan kepada kami bersama dengan kejayaan besarnya menjadikan beliau tiada galang ganti di LFC."

Di pub dan di jalanan, penyokong mengimbau detik-detik kegemaran mereka terhadap Klopp: kebangkitan empat gol menentang Barcelona pada separuh akhir Liga Juara-Juara 2019, membenam Manchester United 7-0 pada 2023 atau aksi lompatan gilanya merentasi padang selepas gol kemenangan saat akhir saingan seteru tetangga menentang Everton pada 2018.

Jurgen Klopp berjaya membawa semula kegemilangan ke bumi Merseyside selepas mereka muncul juara Liga Juara-Juara pada 2019 di Madrid. – Foto REUTERS
Klopp kemudiannya memohon maaf kerana tidak menghormati Everton.

Pemain juga turut beremosi mengenai lelaki yang menghidupkan semula karier dan melonjakkan pemain seperti Mohamed Salah dan Virgil van Dijk, sambil memupuk ramai bakat baharu.

"Beliau seperti seorang bapa bagi setiap orang," kata pemain tengah berusia 21 tahun, Harvey Elliott.

"Seorang yang luar biasa untuk berada di sekelilingnya. Saya sudah belajar banyak daripadanya, saya terlalu bersyukur."

Keberadaan warga Jerman itu di Liverpool juga melahirkan banyak seni mural baharu. Salah satu mural terbaru menunjukkan Klopp dalam pakaian hitam-putih meletakkan tangannya ke dada dengan latar belakang warna merah-putih Liverpool.

Di atasnya tertulis perkataan: "Kami percaya." – REUTERS

Tiada ulasan: