"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kereta membawa 8 warga Myanmar memecut 150km sebelum berjaya ditahan

Kejar 150km sebelum tahan pemandu, 8 penumpang warga Myanmar

Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

Setiu: Polis terpaksa mengejar sebuah kereta sejauh 150 kilometer sebelum kenderaan itu berjaya ditahan di Jalan Jerangau-Jabur dekat Ladang Sawit Aspek 2 di Dungun, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Asisten Superintendan, Burhanuddin Mustafa berkata, susulan itu, pemandu kereta yang juga lelaki tempatan ditahan bersama lapan penumpang warga Myanmar.

Katanya, sebelum kejadian, anggota peronda yang melakukan rondaan di Sungai Tarom, di sini terserempak kereta Toyota Corolla itu dalam keadaan mencurigakan pada 6.20 pagi.

"Anggota mengekori kenderaan itu dan sebaik menyedarinya, pemandu memecut laju ke arah Kuala Berang, Hulu Terengganu dan terus ke Dungun.

"Pemandu kereta juga tidak mengendahkan arahan supaya memberhentikan kereta menyebabkan anggota terpaksa meminta bantuan polis Dungun.

"Kereta itu akhirnya berjaya dipintas di kawasan ladang di Dungun kira-kira 8.20 pagi," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemandu berusia 41 tahun dan kesemua warga asing berusia antara 18 hingga 38 tahun yang ditahan, dibawa ke Balai Polis Dungun untuk siasatan lanjut.

"Siasatan lanjut, pemandu itu mempunyai tujuh rekod lampau berkait dengan kesalahan dadah," katanya yang memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 26J Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63.

Tiada ulasan: