KOSMO
Sopyah Supriatin sanggup menyamar jadi lelaki demi bekerja sebagai seorang buruh. - TRIBUNNEWS
JAKARTA – Seorang wanita berusia 22 tahun nekad menyamar sebagai lelaki semata-mata untuk bekerja sebagai buruh, lapor akhbar Tribunnews semalam.
Sopyah Supriatin yang berasal dari Indramayu, Jawa Barat, menyamar menjadi lelaki dan memotong pendek rambutnya demi menyara kehidupan bersama adiknya.
Difahamkan Sopyah dan adiknya, Samsul Ramadan (15) tinggal berdua selepas ibu mereka meninggal dunia, manakala si ayah bekerja di perantauan.
“Wang daripada ayah belum cukup untuk memenuhi keperluan seharian kami. Saya dan Samsul sampai rela berhenti sekolah atas faktor kewangan,” kata Sopyah.
Lebih menyayat hati, Sopyah mengaku bahawa mereka kerap menerima bantuan makanan daripada jiran tetangga.
“Saya melakukan kerja seperti mengangkat simen, membancuh simen dan lain-lain. Jika bekerja, saya dapat upah sebanyak 120 ribu rupiah (RM35.17) dalam satu hari,” katanya.
“Kadang kala kami pernah tidak makan selama dua hari, kadang pernah tiga hari,” ujar wanita itu.
Bagaimanapun, dia nekad untuk tidak membebani sesiapa dan mencari wang perbelanjaan sendiri. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan