"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

5 Pati ceroboh Malaysia ditahan dan diusir disempadan Serawak

Mohd Roji Kawi
am@hmetro.com.my
LIMA PATI yang menceroboh Malaysia melalui lorong tikus di Biawak ditahan anggota tentera hari ini. FOTO ihsan MARKAS 1 DIVISYEN
LIMA PATI yang menceroboh Malaysia melalui lorong tikus di Biawak ditahan anggota tentera hari ini. FOTO ihsan MARKAS 1 DIVISYEN
Kuching: Lima pendatang asing tanpa izin (Pati) yang cuba mengambil kesempatan ketika cuti umum hari ini untuk menyusup masuk ke negara ini melalui lorong tikus di Biawak, Lundu ditahan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM).

Mereka ditahan sepasukan anggota Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) pada jarak 118 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia, pada 10.30 pagi.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia dalam satu kenyataan berkata, ketika ditahan lima Pati terbabit sudah memasuki kawasan Malaysia.

"Sepasukan anggota TDM dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) yang sedang melaksanakan rondaan di Sektor Pos Gabungan Bersama (GABMA) Biawak terserempak dengan lima Pati terbabit yang sedang berjalan dari arah sempadan Indonesia.

"Anggota tentera bertindak menahan mereka untuk membuat pemeriksaan dan hasil soal siasat mendapati mereka dalam perjalanan untuk bekerja di Malaysia," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati lima Pati berusia antara 20 hingga 49 tahun itu tidak membawa sebarang barang terlarang.

"Kesemua Pati itu kemudiannya dibawa ke sempadan untuk pengusiran dan laporan polis dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa," katanya.

Tiada ulasan: