"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Lapan sekeluarga nyaris maut

BERNAMA

Kuala Terengganu: Lapan sekeluarga nyaris maut dalam kejadian kepala air ketika mandi di Lata Payong, Sungai Tong, Setiu dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu Asisten Superintendan Burhanuddin Mustafa berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada Balai Bomba dan Penyelamat Setiu pada 5.20 petang memaklumkan terdapat beberapa mangsa terperangkap.

"Semasa kejadian, satu keluarga dari Petaling Jaya, Selangor terdiri daripada tiga lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak sedang melakukan aktiviti riadah di lata itu, sebelum berlaku fenomena kepala air.

"Tiga mangsa iaitu pasangan suami isteri dan kanak-kanak yang merupakan anak saudara mereka telah lari ke tebing sungai dan terperangkap di situ," katanya dalam kenyataan hari ini.

Burhanuddin berkata kesemua mangsa yang terperangkap telah diselamatkan oleh pasukan bomba selain dibantu penduduk kampung berhampiran kira-kira 6.10 petang.

Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan awal, kesemua mangsa didapati tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Orang ramai dinasihatkan tidak berkunjung ke kawasan rekreasi air terjun dan sungai terutama semasa perubahan cuaca yang tidak menentu dan berisiko berlakunya bencana," katanya.

Tiada ulasan: