"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Senaman aneh seperti ini mengundang bala

Agensi
SENAMAN popular di China yang boleh membawa maut jika tidak dilakukan dengan cara betul. FOTO Agensi
SENAMAN popular di China yang boleh membawa maut jika tidak dilakukan dengan cara betul. FOTO Agensi
Beijing: Malang buat seorang lelaki warga China yang meninggal dunia baru-baru ini ketika melakukan senaman kontroversi yang memerlukan pengamal hanya menggantung diri dengan dagu bagi melegakan sakit leher dan tulang belakang dengan mengurangkan tekanan pada saraf.

Oddity Central melaporkan, sepanjang dekad yang lalu atau lebih, satu bentuk senaman yang aneh mendapat tarikan di seluruh China.

Ia pada asasnya menuntut individu melakukannya menghayunkan badan sambil tergantung di udara hanya disokong oleh tali dagu kulit.

Senaman itu dikatakan dicipta kira-kira 2017 oleh Sun Rongchun yang berasal dari Shenyang sebagai cara untuk melegakan sakit belakang.

Bagaimanapun, doktor sudah memberi amaran mengenai bahaya rutin itu dan tragedi baru-baru ini menunjukkan senaman berkenaan boleh membawa maut jika dilakukan secara tidak betul.

Pada 15 Mei, seorang lelaki warga China berusia 57 tahun secara tragis meninggal dunia ketika tergantung dari lehernya pada hayunan leher luar di sudut kecergasan luar di Chengxi Town, Chongqing.

Polis mengesahkan kematian lelaki itu akibat gantung leher, dan saksi kejadian memaklumkan mangsa meletakkan lehernya di atas buaian dan bukannya dagunya, sebelum menghayunkan badannya.

Orang lain mengandaikan mangsa menggunakan terlalu banyak tenaga ketika menghayunkan badannya dan walau apa pun kesilapannya, ia terbukti membawa maut.

"Adalah tidak digalakkan untuk bersenam dengan alat itu walaupun konsepnya berdasarkan prinsip daya tarikan klinikal.

"Ia boleh merosakkan saraf dan saraf tunjang malah menyebabkan paraplegia.

Ia tidak disyorkan untuk digantung di leher anda untuk kecergasan.

"Ia tidak akan memberi manfaat kepada kesihatan anda atau tulang belakang serviks," kata Timbalan Pengarah Hospital Gabungan Pertama Universiti Perubatan Tradisional Cina Tianjin, Zhao Qiang.

Tiada ulasan: