"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pertuduhan bermula, nasib anak MB Perlis akan diketahui

Harapandaily

Anak Menteri Besar Perlis, Syafeeq Mohd Shukri tiba di Mahkamah Sesyen Kangar, pagi ini untuk menghadapi pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan RM600,000.

Tertuduh yang juga menantu kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba jam 8.05 pagi.

Pada 24 April lalu, anak MB Perlis antara enam individu yang direman oleh SPRM bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Turut direman ialah pegawai kanan pejabat Menteri Besar Perlis.

Suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun ditahan bagi membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik-pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Bagaimanapun, mereka dilepaskan dengan jaminan sebaik tamat tempoh reman selama tiga hari.

Tiada ulasan: