"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki warga Myanmar tikam isteri sampai mati masih diburu

SAFINA RAMLI
Suspek yang dikehendaki dan masih diburu polis.
GEORGE TOWN – Polis masih giat memburu suspek lelaki warga Myanmar, suami kepada wanita warga asing yang maut akibat ditikam dengan senjata tajam di tingkat tiga, Flat Taman Indah, Batu Maung, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya percaya tangkapan ke atas suspek, Khin Mg Myo, 34, akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

“Suspek juga ada satu rekod lampu bersabit Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan, namun bukan melibatkan mangsa yang sama,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan seorang wanita berusia 30-an ditemukan maut dengan beberapa kesan tikaman pada dada, leher dan kaki dipercayai ditikam dengan senjata tajam dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam kelmarin.

Mayat mangsa ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah kaki lima, tingkat tiga flat berkenaan.

Suspek yang juga suami mangsa dikatakan bertindak melarikan diri sejurus kejadian berlaku dan usaha menjejakinya giat dijalankan pihak polis termasuk mengedarkan gambar individu dikehendaki itu kepada umum. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: