"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita warga Thailand ditemukan mati di tepi jalan dipercayai ditembak

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
LOKASI penemuan wanita warga Thailand yang ditemukan mati dipercayai ditembak. FOTO IHSAN PDRM
LOKASI penemuan wanita warga Thailand yang ditemukan mati dipercayai ditembak. FOTO IHSAN PDRM
Padang Terap: Seorang wanita ditemukan mati dipercayai ditembak di kawasan Durian Burung, di sini, semalam.

Mayat wanita berusia 30-an itu, ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring di tepi jalan lama di kawasan itu yang kemudian sebelum memaklumkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan polis menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada 7 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian dan menemukan mayat seorang wanita dalam keadaan terbaring dengan kesan tembakan di badan.

"Hasil siasatan mendapati, wanita terbabit dipercayai warga Thailand, namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mulkiaman berkata, mayat wanita itu kemudian di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata, polis kini sedang mengesan suspek yang dipercayai sudah melarikan diri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh dijangka akan memberi maklumat lanjut berhubung kejadian itu dalam masa terdekat ini.

Tiada ulasan: