"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Apa jadah perguna Qunut Nazilah’, mantan pemimpin Pas hentam bekas partinya

SITI NUR ZAWANI

Seorang mantan pemimpin Pas menempelak bekas partinya yang memperguna doa Qunut Nazilah kepada sesama umat Islam.

Mohd Nakhaie Ahmad yang juga bekas Naib Presiden parti satu ketika dahulu berkata, umat Islam kini sedang berada dalam keadaan terhimpit.

Beliau menyelar sikap pemimpin Pas yang “memperguna” doa Qunut Nazilah supaya Allah menghancurkan saudara muslimnya hanya kerana berbeza politik.

“Umat Islam sememangnya berada dalam keadaan terhimpit.

“Apalah jadahnya orang Islam sendiri berdoa pula supaya Allah menghantar bala tenteranya untuk menghancurkan saudara muslimnya yang hanya berbeza faham politik.

“Doa yang dihantar untuk musuh, dituju untuk orang Islam,” kata Mohd Nakhaie yang juga bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dalam satu hantaran di Facebook baru-baru ini.

Pas sebelum ini mempertahankan sikap Ahli Parlimen mereka bersama PN yang membaca Qunut Nazilah selepas Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung enam bulan daripada menyertai sidang Dewan Rakyat.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin, berkata bacaan tersebut wajar kerana membaca Qunut Nazilah tidak hanya terhad kepada situasi berdepan dengan peperangan.

Sebaliknya, kata Hashim, pada pandangan peribadinya doa itu boleh dibacakan jika ada “jemaah Islam” yang membawa perjuangan agama ditekan oleh pihak lawan.

Tiada ulasan: