"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aduhai: Bercinta 4 tahun, kahwin cuma 4 hari

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan gambar sebelum dan selepas bercerai. - TikTok  @aniican
JAKARTA – Seorang wanita di Batang, wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian orang ramai apabila mengaku dia bercerai selepas hanya empat hari mendirikan rumah tangga, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @aniican, wanita itu memutuskan untuk bercerai selepas mendapati suaminya mempunyai wanita lain. 

“Hubungan gelap itu terbongkar selepas berkahwin, kerana kami menjalinkan hubungan jarak jauh selama empat tahun,” katanya. 

Lebih mengejutkan apabila bekas suaminya telah berkahwin dengan wanita yang merosakkan rumah tangga mereka. 

“Setelah curang, bekas suaminya berkahwin dengan wanita terbabit,” katanya. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata, netizen berasa simpati dengan dugaan yang dihadapinya.   

“Saya sudah baca di platform X, sedih sangat. Semoga anda dapat yang lebih baik,” kata netizen. 

“Jangan terburu-buru berkahwin lagi, pastikan calon seterusnya tidak sama seperti yang dulu,” kata netizen lain. – AGENSI

Tiada ulasan: