Harapandaily
Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Senator Datuk Tengku Zafrul Aziz telah menyekolahkan bekas ketua penerangan Umno Isham Jalil ekoran dakwaan Isham bahawa Malaysia perlu membeli produk bernilai USD 150 billion agar Amerika Syarikat menurunkan tarif dari 25% kepada 19%.
“Betul ke ini? Tak.
Amerika kenakan tarif kerana ada lebihan dagangan. Maksudnya kita jual lebih banyak tapi kurang beli daripada mereka.
“Jadi tujuan kita senaraikan pembelian ini adalah untuk tunjukkan kepada Amerika Syarikat kita pun banyak beli daripada mereka.
“Kita dapatkan senarai perancangan pembelian daripada pelbagai syarikat. Malaysian Aviation Group bagi senarai, syarikat lain pun beri senarai dan ini kita tunjuk kepada Amerika.
Bila Amerika lihat kita ada perancangan membeli banyak barang daripada mereka, mereka pun kata boleh turunkan tarif.
“Ini bukan pembelian baharu tapi senarai perancangan pembelian yang telah diatur oleh syarikat-syarikat sebelum tarif dikenakan.
Antara barangan tersebut ialah pembelian bernilai USD150 juta bagi tempoh lima tahun oleh sektor semi konduktor, aero angkasa dan pusat data.
“Inilah USD150 billion yang dirujuk dalam post ini.”
Ia melibatkan syarikat antarabangsa yang beroperasi di Malaysia.
Beliau merujuk kepada rancangan Google yang mahu membuka pusat data sebagai contoh.
“Ia melibatkan duit Google bukan duit rakyat Malaysia. Pembelian ini adalah sebahagian daripada pelaburan mereka di Malaysia.
“Dengan pelaburan ini akan wujud beribu-ribu pekerjaan untuk rakyat Malaysia
“Pelaburan oleh MNC bagus untuk Malaysia. Jadi apa masalahnya sekarang?”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan