"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki disyaki rogol bekas isteri ditahan

Buletin TV3 

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki merogol bekas isterinya yang berusia 18 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, berikutan itu Mahkamah Majistret Kuching membenarkan suspek berusia 23 tahun itu direman selama tujuh hari mulai hari ini.

Beliau berkata, ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Kes itu tular di media sosial sejak hujung minggu lalu selepas satu rakaman suara berdurasi enam minit, yang dipercayai milik mangsa.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Matang, di sini, kira-kira 8 pagi, Jumaat lalu.

Suspek ditahan polis pada malam Jumaat, selepas mangsa membuat laporan polis, tidak lama selepas kejadian.

Mohd Irwan turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes itu masih dalam siasatan.

Tiada ulasan: