"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak perempuan 12 tahun cedera disamun lelaki guna pisau

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera selepas disamun seorang lelaki bersenjatakan pisau dalam satu kejadian di Putra Perdana, Sepang semalam.

Timbalan Ketua Polis Sepang G K Shan Gopal berkata, bapa mangsa membuat laporan mengenai kejadian itu kira-kira 5.03 petang.

Katanya, kejadian berlaku di rumah dan bapa mangsa dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jirannya.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka, leher dan kepala sebelum dihantar jiran ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Keadaannya kini stabil dan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya dalam kenyataan lapor Sinar Harian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika melakukan rompakan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung kes itu,” katanya.

Tiada ulasan: