"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengkhianat negara: 55 anggota, pegawai imigresen dibuang kerja sejak 2022

Buletin TV3
 
NIBONG TEBAL: Seramai 55 anggota dan pegawai Jabatan Imigresen yang dikenal pasti melakukan kesalahan integriti berhubung kegiatan ‘counter setting’ dibuang kerja sejak 2022.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban memaklumkan berdasarkan rekod bagi tempoh tiga tahun itu pihaknya mengambil tindakan tatatertib terhadap 147 anggota dan pegawai yang bermasalah.

Jelasnya, ia membuktikan bahawa tindakan yang diambil bukan bermusim sebaliknya dilakukan sepanjang masa.

“Ini (tindakan) bukan baharu sekarang kita ambil yang mana sebenarnya sepanjang masa memang kita memantau anggota dan pegawai melakukan kesalahan,” katanya kepada pemberita ketika mengikuti operasi bersepadu di sebuah kilang di Bukit Tambun, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan melakukan perbincangan dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sekiranya terdapat keperluan untuk menukar mana-mana pegawai agensi itu yang didapati melakukan salah laku terutamanya berhubung kegiatan ‘counter setting’.

Katanya, Imigresen menyerahkan sepenuhnya pengurusan 22 pintu masuk utama negara kepada AKPS termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor, selain lapangan terbang di Pulau Pinang, Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

“Cuma pegawai kita masih lagi menjadi pegawai yang menguruskan operasi harian di lapangan-lapangan terbang berkenaan.

“Jadi, bagi urusan untuk ‘counter setting’ memang dah menjadi tanggungjawab AKPS yang pihak Imigresen cuma membantu dari segi aspek risikan, pemantauan dan sebagainya sebelum maklumat disalurkan kepada AKPS untuk ambil tindakan,” katanya lagi.

Tiada ulasan: