"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Bapa maut dipercayai dipukul dengan kerusi oleh anak

Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my

Kuala Krai: Lelaki warga emas maut dipercayai dipukul oleh anaknya menggunakan kerusi di Kampung Kuala Gris, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa berusia 74 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah.

Difahamkan, berlaku perbalahan antara dua beranak itu, sebelum suspek memukul mangsa menggunakan kayu.

Susulan kejadian itu, suspek ditahan di rumah mereka.

mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan.

Tiada ulasan: