"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kanak-kanak lelaki maut jatuh dalam lubang pembentung

Buletin TV3 
Lokasi kejadian kanak-kanak maut terjatuh ke dalam lubang pembentung di Sibu. Foto JBPM
SIBU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas terjatuh ke dalam lubang pembentung di Jalan Pedada di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bergegas ke lokasi, sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 6.29 petang.

“Sampai di lokasi, pasukan bomba dimaklumkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh ke dalam lubang pembentung berhampiran laluan terbabit,” katanya.

Terdahulu, bapa mangsa turut memaklumkan anak lelakinya itu hilang dan dipercayai terjatuh ke dalam lubang pembentungan berkenaan.

Pasukan bomba kemudiannya menjalankan pemeriksaan dan memulakan usaha pencarian mangsa pada jam 6.55 petang sebelum berjaya menemui mangsa terapung di dalam pembentung pada jam 7 malam.

Sejurus berjaya dikeluarkan, mayat mangsa diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan lanjut.

Tiada ulasan: