Ketua kampung seleweng peruntukan RM304k untuk sara empat bini
KIM SYAZIE
Seorang lelaki yang juga bekas ketua kampung di Indonesia ditahan polis selepas disyaki menyeleweng dana penduduk berjumlah RM304,000.
Menurut Tribunnews, wang tersebut diseleweng oleh Alkani sejak tahun 2015 lagi iaitu sepanjang dia memegang jawatan sebagai ketua kampung.
Tambah sumber, dana berjumlah RM304,000 itu sepatutnya digunakan untuk melakukan projek khas di kampung tetapi Alkani menggunakan ia bagi tujuan peribadi.
Difahamkan, projek tersebut berjalan seperti dalam perancangan tetapi kos yang digunakan tidak selari dengan kertas kerja.
Rupa-rupanya, Alkani telah memalsukan maklumat dalam laporan audit.
Ada dakwaan mengatakan sebahagian duit tersebut digunakan Alkani untuk menikahi isteri keempat dan menyara semua isteri dan 20 anak.
Pihak berkuasa juga dilaporkan sudah mengumpul bahan bukti dan Alkani telah ditahan polis untuk tindakan selanjutnya. Difahamkan kejadian ini berlaku sekitar dua tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan