"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wakil rakyat PAS, kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi

Syahredzan kritik ADUN Pas main sentimen agama isu penggantungan Ahmad Marzuk

SITI NUR ZAWANI

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mengkritik tindakan Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Hafez Sabri yang didakwa memainkan sentimen agama berhubung penggantungan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary daripada sidang Dewan Rakyat.

Menurut Syahredzan, Ahmad Marzuk telah beberapa kali mengganggu sesi penggulungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan tidak mengendahkan arahan Timbalan Speaker untuk berhenti mencelah kerana kesuntukan masa.

Beliau menyaksikan sendiri bagaimaba MP Pas itu terus mengingkari arahan Timbalan Speaker.

“Pada ketika itu, Pengkalan Chepa sedang bertikam lidah dengan Menteri Agama. Disebabkan masa kian suntuk, Timbalan Speaker telah menggunakan Peraturan Mesyuarat 37(2) untuk tidak membenarkan mana-mana Ahli Dewan bertanya lagi.

“Walaupun dengan arahan ini, YB Pengkalan Chepa masih tidak mengendahkan YB Timbalan Speaker dan terus bertengkar dengan YB Menteri walaupun amaran telah diberikan.

“Maka, YB Timbalan Speaker minta supaya YB Pengkalan Chepa ‘rehat sekejap’ (diarah keluar) jika bangun sekali lagi. Tetapi YB Pengkalan Chepa masih degil dan akhirnya beliau diarah untuk rehat diluar selama setengah jam.

“Tetapi walaupun dengan keputusan ini dan amaran YB Alice Lau sekali lagi, YB Pengkalan Chepa masih berucap tanpa kebenaran. Akhirnya, beliau digantung selama dua hari,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook malam tadi.

Terdahulu, Mohd Hafez yang juga ADUN Manjoi membuat hantaran di Facebook, memainkan sentimen agama berhubung penggantungan Ahmad Marzuk dari sidang Dewan.

Beliau menulis bahawa “MP Pengkalan Chepa daripada Pas dihalau keluar Dewan dan digantung selama dua hari oleh Speaker bukan Islam daripada DAP”.

Beliau juga berkata “jika orang Islam tidak bersuara, siapa lagi nak bersuara”.

Syahredzan menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak ada kaitan dengan agama atau parti politik Timbalan Speaker, Alice Lau, sebaliknya ia berpunca daripada ketidakpatuhan Ahmad Marzuk terhadap arahan pengerusi mesyuarat.

Seperti biasa kata beliau, pemimpin Pas hanya tahu memainkan sentimen kaum dan agama.

Beliau turut membangkitkan persoalan sama ada kenyataan Mohd Hafez itu bertujuan mengalihkan perhatian daripada hipokrasi Pas.

“Untuk rekod, telah didedahkan bahawa semasa mereka berkuasa, 23 syarikat bukan bumiputera telah diberikan kontrak oleh Tabung Haji, tetapi kini dijadikan ini isu pula di zaman Kerajaan MADANI.

“Sepatutnya seorang wakil rakyat muda bawa politik baru yang lebih segar dan matang, tetapi malang sungguh politik Pas masih di takuk lama yang sama. Pemimpin muda tetapi masih meneruskan politik perkauman yang sempit,” ujarnya.

Tiada ulasan: