"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki diserang di Bukit Bintang, polis sahkan video tular

FMT Reporters

Laporan polis mengenai kejadian dibuat pada 5.29 pagi Selasa, menurut polis Dang Wangi.
Video tular papar seorang lelaki cedera parah dibantu orang awam.
PETALING JAYA: Polis mengesahkan satu video tular yang menunjukkan seorang lelaki cedera parah di Bukit Bintang selepas diserang.

Timbalan Ketua Polis Dang Wangi Nuzulan Mohd Din berkata, laporan polis mengenai kejadian itu dibuat pada 5.29 pagi Selasa.

“Mangsa yang terlibat dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Nuzulan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, berkenaan kesalahan menyebabkan cedera parah dengan sengaja menggunakan senjata atau barangan berbahaya lain.

Tambahnya, polis masih sedang berusaha mengesan penyerang terbabit.

Tiada ulasan: