"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Disebalik jual cenderamata, rupanya jual anggota badan hidupan liar

Farhanin Abdullah
PETALING JAYA: Berselindung di sebalik perniagaan cenderamata, namun sebenarnya terbabit dalam kegiatan menjual anggota badan hidupan liar.

Kegiatan dua premis dan empat gerai cenderamata di sebuah pusat beli-belah di sini, terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa Cawangan Risik Batalion 19, Pasukan Gerakan Am (PGA) Selangor dengan Kerjasama Wildlife Crime Unit (WCU) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN).

Hasil serbuan, lima lelaki tempatan dan dua warga Indonesia ditahan dan pelbagai jenis bahagian anggota hidupan liar turut dirampas dipercayai haiwan dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM244,900.00.

Operasi turut disertai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan dua saman kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan bernilai RM2,000.

Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada PERHILITAN untuk siasatan lanjut.

Tiada ulasan: